Categories
Berita Semasa

6 buah sekolah diserbu Rejim Zionis

Selasa, 02/09/2025 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) menyerbu pada enam buah sekolah Palestin di bandar al-Khalil Tebing Barat pada pagi hari Khamis lepas dan telah menahan beberapa orang guru sekolah.

Menurut sumber berita tempatan, tentera Israel menyerbu sekolah di kawasan selatan bandar dan kawasan kejiranan ash-Sheikh lalu menggeledah bilik mereka dan merampas gambar serta buku-buku.

Semasa serbuan di sekolah, IOF dilaporkan telah menahan dan menganiaya beberapa guru.

Kementerian Pendidikan Palestin mengecam tindakan tentera pendudukan Israel menyerbu sekolah-sekolah ini dan menahan serta menyerang guru-guru.

“Amalan sedemikian merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan, terutamanya konvensyen dan resolusi yang melindungi hak untuk pendidikan,” kata kementerian itu.

Penterjemah : Hj Fariz