
Khamis, 04/09/2025 – Sekumpulan pendatang Yahudi pada malam Isnin telah membakar kawasan luas tanah pertanian di bandar Sa’ir, yang terletak di timur laut al-Khalil di Tebing Barat yang diduduki.
Menurut penduduk tempatan, Ziyad Al-Shallaldeh, puluhan pendatang dari penempatan haram “Asfar” telah menyerbu Wadi Sa’ir dan membakar puluhan dunum tanah yang ditanam dengan pokok anggur, badam, dan zaitun. Tanah-tanah tersebut dimiliki oleh keluarga Shallaldeh dan Al-Tarwa, antara lain.
Penduduk Sa’ir berkata bahawa serangan berterusan oleh pendatang dan pasukan penjajah adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengusir secara paksa rakyat Palestin dari tanah mereka bagi memberi laluan kepada peluasan penempatan. Mereka juga menyatakan bahawa serangan seumpama ini sering dilakukan oleh pendatang dari “Asfar” dan “Kedumim,” termasuk kecurian puluhan ekor kambing.
Penterjemah : Norshuhada Samudin