
Gaza, Jumaat, 22/10/2004 –
Anggota senior Brigade al-Qassam,Adnan al-Ghoul syahid hari ini dalam satu serangan udara di bandar Gaza.
Pihak hospital dan saksi berkata roket rejim Zionis tepat mengenai kenderaan yang dinaiki as-Syahid yang merupakan “most wanted people” sejak 1997.
Turut syahid adalah Imad Abbas, seorang lagi aktivis HAMAS.
Wakil al-jazeera melaporkan di Gaza, beliau merupakan jurutera teratas yang merekabentuk roket yang sering digunakan oleh pejuang Palestin.
Beliau telah berjaya melepaskan diri dalam cubaan membunuh sejak 2 tahun lalu, namun dalam pada hari Jumaat dan bulan yang penuh keberkatan ini, beliau syahid.
Zionis akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan terkutuk ini” , Mushi al-Masri, jurucakap HAMAS memberi komen.

Kawasan kejadian yang dikerumuni rakyat Palestin.