
Isnin, 06/10/2025 – Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengeluarkan video pada hari Khamis yang mendokumentasikan serangan yang menyasarkan askar dan kenderaan Israel di Bandar Gaza, sebagai sebahagian daripada siri operasi yang diberi nama Tongkat Nabi Musa atau “Moses Stick”.
Klip video itu menunjukkan adegan pejuang Qassam menyerbu kumpulan askar dan kenderaan penjajah di Sekolah “Rosary Sisters” di kejiranan Tel al-Hawa, selatan Kota Gaza.
Sejak permulaan pencerobohan Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober 2023 yang lalu, pejuang pertahanan, yang diketuai oleh Briged Al-Qassam, terus menghadapi penjajah menggunakan segala cara yang mungkin.
Penterjemah : Halimah