
Selasa, 21/10/2025 – Dua rakyat Palestin telah syahid manakala dua yang lain cedera dalam serangan Israel di timur Khan Yunis pada hari Khamis.
Menurut sumber tempatan, seorang penduduk dikenali sebagai Mohamed Quwaider terbunuh dalam serangan dron di kawasan Maan, Khan Yunis.
Seorang lagi penduduk ditembak mati oleh tentera Israel di timur kem pelarian al-Bureij di tengah Gaza.
Terdahulu, sebuah dron Israel menyerang sekumpulan penduduk di bandar Bani Suheila, timur Khan Yunis, menyebabkan dua orang cedera.
Tentera Israel turut melepaskan tembakan berat ke arah kejiranan Qizan al-Najjar, Jorat al-Lout, Maan, serta kawasan timur Abasan dan al-Qarara di Khan Yunis.
Laporan turut menyebut berlaku tembakan dan serangan artileri Israel di kawasan kejiranan ash-Shuja’iya, Bandar Gaza.
Sementara itu, dua lagi penduduk disahkan meninggal dunia selepas cedera parah dalam serangan Israel sebelum ini di beberapa kawasan lain di wilayah yang dikepung itu.
Penterjemah : Ezatul