
Jumaat, 21/11/2025 – Pasukan pendudukan Israel meneruskan pelanggaran gencatan senjata antara Hamas dan Israel, yang berkuat kuasa pada 10 Oktober, melalui pengeboman, menembak dan meletupkan rumah rakyat di Semenanjung Gaza.
Sumber kesihatan di hospital Semenanjung Gaza mengesahkan bahawa 28 syuhada, termasuk 17 kanak-kanak dan wanita, terbunuh oleh tembakan tentera pendudukan di bandar Gaza dan Khan Yunis sejak pagi Rabu.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan bahawa 25 orang terbunuh dan 77 cedera semasa peningkatan Israel di Gaza.
Wartawan kami melaporkan bahawa sembilan rakyat terbunuh dan yang lain cedera pada petang Rabu akibat serangan Israel ke atas khemah kepunyaan orang terlantar di barat bandar Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.
Wartawan kami menjelaskan bahawa berikut telah dikenal pasti di kalangan para syuhada: “Tawfiq Haidar Tawfiq Hammad, Ibrahim Ali Abu Jasser, Ruba Abdullah Abu Al-Ala, Nahed Abu Shahla, Fadi Abu Mustafa.”
Wartawan kami melaporkan bahawa pemuda itu, Muhammad Sufian Muhammad al-Najjar, terbunuh oleh tembakan tentera pendudukan di kawasan Qizan al-Najjar, selatan bandar Khan Yunis, di selatan Semenanjung
Beliau menegaskan bahawa warganegara Mo’men Balbal terbunuh dan beberapa yang lain, termasuk seorang kanak-kanak, cedera akibat tembakan meriam Israel di Jalan Mushtaha di kawasan kejiranan Shuja’iyya, timur Kota
Sumber juga mengesahkan bahawa dua kanak-kanak terbunuh dan 10 orang cedera pada petang Rabu dalam pengeboman Israel di barat Khan Younis.
Jurucakap Pertahanan Awam Mahmoud Basal mengesahkan lima rakyat termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh akibat pengeboman Israel yang menyasarkan bangunan Wakaf di kawasan Zeitoun di persimpangan Asqoula, timur Kota Gaza.
Penterjemah : Juhari