Pesawat Tanpa Pemandu Israel Membunuh 2 Rakyat Palestin Semalam


Gaza,Isnin, 25/10/2004 – Pesawat tanpa pemandu milik Rejim Zionis (RZ) telah melancarkan 2 peluru berpandu ke arah selatan bandar Gaza di Khan Yunus yang mengorbankan 2 polis Palestin.

Serangan itu turut mencederakan 5 yang lain pada hari Ahad (24/10/2004). Jurucakap RZ berkata serangan itu dilancarkan utk menghindar daripada serangan mortar Palestin ke arah kawasan penempatan haram di Gush Katif.

2 dozen kereta kebal dan senjata peribadi RZ telah bersiap sedia mengawal sepanjang
penempatan haram di Gaza dan Khan Yunus.

Bulan lepas seramai 130 rakyat Palestin menjadi korban keganasan RZ sepanjang
17 hari serangan berturut2. Media perlu memainkan peranan untuk menyebarkan
keganasan RZ bagi memberi tekanan antarabangsa kepada mereka.