Categories
Berita Semasa

Susulan pelanggaran gencatan senjata perang, beberapa orang cedera akibat serangan tembakan oleh pihak penjajah ke atas sebuah kenderaan di Gaza

Rabu, 24/12/2025 – Pasukan pendudukan Israel terus melakukan pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan udara, bedilan artileri, tembakan senjata api serta memusnahkan rumah-rumah penduduk di kawasan timur Gaza.

Beberapa orang awam dilaporkan cedera, termasuk seorang yang berada dalam keadaan kritikal, akibat serangan tentera pendudukan Israel di kawasan tengah Bandar Gaza.

Sumber tempatan memaklumkan bahawa pesawat tanpa pemandu (drone) Israel telah mengebom sekumpulan orang awam serta sebuah kenderaan awam di persimpangan Al-Samer, di tengah Bandar Gaza, menyebabkan beberapa individu mengalami kecederaan dengan tahap berbeza-beza, termasuk satu kecederaan yang disifatkan sebagai kritikal.

Penterjemah : Farah Najwa