Categories
Berita Semasa

Meshaal: Taufan Al-Aqsa telah memberikan kepentingan Palestin.

Rabu, 24/12/2025 – Ketua Biro Politik Hamas di luar negara, Khaled Meshaal, pada Rabu berkata isu Palestin telah kembali mendapat perhatian yang belum pernah berlaku sebelum ini di peringkat serantau dan antarabangsa, selepas sekian lama, menurut beliau, “tersorok di dalam laci”.

Dalam satu wawancara bersama saluran Al Jazeera, Meshaal berkata perjuangan Palestin kini memperoleh ruang dan platform baharu selain tindakan penentangan, serta berjaya menembusi dan menarik sokongan daripada kelompok luas generasi muda di Amerika Syarikat dan Eropah.

Penterjemah : Farah Najwa