
Rabu, 11/02/2026 – Pejabat Media Kerajaan (GMO) di Gaza mendedahkan pada hari Rabu bahawa tentera Israel telah melakukan 1,520 pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata semenjak ia berkuatkuasa pada 10 Oktober 2025 hingga ke hari ini.
Pelanggaran tersebut telah menyebabkan 559 rakyat Palestin terkorban dan 1,500 orang cedera, susulan pelanggaran sistematik terhadap terma gencatan senjata serta undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Menurut kenyataan itu, pelanggaran berkenaan berlaku sepanjang 115 hari dan merangkumi 522 insiden tembakan, 73 pencerobohan kenderaan ketenteraan ke kawasan perumahan, 704 serangan udara dan serangan bersasar, serta 221 perobohan rumah dan pelbagai bangunan.
Penterjemah : Neina