Categories
Berita Semasa

Hamas: Pencerobohan berulang Ben-Gvir ke atas Masjid Al-Aqsa sangat bahaya.

Isnin, 07/09/2026 – Gerakan Hamas mengecam tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, menceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa pada hari Isnin lalu serta melakukan ritual Talmud di pekarangan bahagian timur yang bertentangan dengan Kubah Batu (Dome of the Rock); gerakan itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu peningkatan berbahaya yang menyasarkan identiti masjid serta bertujuan mewujudkan realiti baharu di tapak suci berkenaan.

Laporan tempatan menyatakan bahawa Ben-Gvir memasuki Masjid Al-Aqsa di bawah kawalan keselamatan ketat pihak Israel, sementara 178 pendatang Yahudi turut menceroboh pekarangan masjid itu pada waktu pagi.

Dalam satu kenyataan, Hamas menyatakan bahawa pencerobohan berulang Ben-Gvir ke atas Masjid Al-Aqsa dan perlakuan ritual Talmud berhampiran Kubah Batu itu merupakan peningkatan berbahaya dalam dasar kerajaan Israel yang bertujuan menodai serta melaksanakan Yahudisasi terhadap masjid tersebut.

Penterjemah : Dr Nurul