Categories
Berita Semasa

7 syahid di Gaza dalam 24 jam terakhir setelah diserang tentera Israel

Rabu, 09/09/2026 – Tujuh rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh sejak awal pagi Ahad hingga Isnin akibat serangan udara dan tembakan Israel di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza. Serangan itu berlaku ketika tentera Israel terus menyasarkan orang awam dan beberapa kawasan di Gaza, meskipun perjanjian gencatan senjata masih berkuatkuasa.

Mangsa dilaporkan terdiri daripada penduduk di Bandar Gaza dan kawasan tengah Semenanjung Gaza. Tiga daripada mereka meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam serangan terdahulu, manakala empat lagi terbunuh dalam serangan Israel yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam lalu.

Di bahagian barat Bandar Gaza, Yusuf Aqilah dan anak perempuannya, Wafa, terbunuh selepas sebuah kenderaan yang mereka naiki menjadi sasaran serangan berhampiran persimpangan Hamid.

Sementara itu, di kawasan Al-Abbas, Bandar Gaza, Muhammad Atef Sukkar, 28, terbunuh selepas kawasan berhampiran belakang Sekolah Amerika menjadi sasaran serangan Israel.

Penterjemah : Farah Najwa