Categories
Berita Semasa

Peningkatan Serangan Penjajah Israel di Tebing Barat dan Jerusalem Sepanjang Oktober

Khamis, 05/11/2026 – Tebing Barat dan Jerusalem yang diduduki mengalami peningkatan signifikan dalam serangan pasukan penjajah Israel dan para pendatang sepanjang Oktober lalu. Keadaan ini mencerminkan semakin luasnya pelanggaran Israel dengan pelbagai bentuk dan cara.

Serangan tersebut tidak hanya menyasarkan warga Palestin dan harta benda mereka secara langsung, tetapi juga meluas ke tanah pertanian, mencabut dan merosakkan tanaman, menghancurkan rumah, perluasan penempatan haram, hingga peningkatan serangan dan pelanggaran di dalam Masjid Al-Aqsa.

Data pelanggaran yang diumumkan Jawatankuasa Perlawanan terhadap Tembok dan Permukiman serta Pemerintah Daerah Jerusalem menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai tekanan di lapangan dan tindakan pendatang haram.

Jawantankuasa tersebut mencatat sebanyak 3133 serangan yang dilakukan pasukan penjajah Israel dan para pendatang di pelbagai daerah di Tebing Barat. Angka ini meningkat 52.8% dibandingkan September.

Sementara itu, Pemerintah Daerah Jerusalem menyatakan seorang warga Palestin syahid, seramai 6176 pendatang Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa, serta terjadi 44 operasi penghancuran dan perampasan tanah sepanjang bulan yang sama.

Penterjemah : Dr Osman