Ahad ,11/01/2009 – Pada petang Sabtu (10/1/2009), satu serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza telah membunuh tujuh orang awam daripada sebuah keluarga, sumber-sumber di Gaza melaporkan.
Para doktor melaporkan , satu biji peluru Israel ditembak ke arah sebuah kedai runcit di utara Semenanjung Gaza, tujuh orang terbunuh daripada satu keluarga. Para doktor menambah , bahawa mereka yang terbunuh adalah daripada keluarga Abed Rabo, termasuk Randa Abed Rabo, 45 tahun , dan anak lelakinya Soufyian, 27 tahun.
Terdahulu, sumber-sumber Palestin melaporkan , Israel telah mengebom pada hari Sabtu bermula di kawasan kediaman terletak di Kahn Younis, Rafah selatan Semenanjung Gaza, bandar raya Gaza, serta kem-kem pelarian berdekatan perairan.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan jumlah kematian sekarang meningkat kepada 811 orang, dengan 3,300 kecederaan. 500 orang yang cedera di lapor kritikal.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx
4 replies on “Terkini : Hari ke-15 serangan, jumlah kematian di Gaza 811 orang.”
sesungguhnya…
kejam.. bersifatkan seperti syaitan…
mereka tidak layak dipanggil manusia..
mari lah kita sama2 mencaci dan mengecam
perbuatan rejim zionis…
allah hu akbar…
marilah umat islam manusia..
kita mengutuk kekejaman israel..
mmg mereka x layak dipaggil manusia..
hinggakan binatang pon xlayak.. kerana binatang juga tahu syg ssama mereka..
boycott israel products!!
allahu akbar!!
Ya Allah,sedihnye tgk keadaan di sana..
anak kecik yg xberdosa dibunuh kejam…
Ya Allah..sesungguhnye Engkau Maha Mengetahui segala-galanye..
selamatkan mereka…
Allahu Akbar….
salam seluruh umat islam..
bangkitlah untuk mempertahankan bumi barakah umat islam..
isu Palestin bukan isu biasa atau cakap-cakap kosong aje..
inilah isu umat islam..
perlu diberi perhatian penuh..
jangan lagi dikalangan kita membeli brgn drp AS dan sekutunya..
BOIKOT…TERUSKAN MEMBOIKOT…
teruskan berdoa..
panjang doa dan amal ibadah kalian..
demi memperjuangkan agama islam..
moge Allah memberi kemenangan kpd para Mujahid di Palestin..
jangan leka dgn dunia y semakin tua ini..
dunia hampir kiamat..
tanda-tanda kecil tlh byk kelihatan..
BERTAUBATLAH WAHAI MUSLIMIN WA MUSLIMAT!!!!!