Israel menjangkakan dalam tempoh setahun lagi roket Hamas akan menjangkau Tel Aviv

Rabu, 21/01/2009 – Anggota “Knesset” Israel, Avigdor Liberman, yang juga ketua parti “Yasrael Betna”, memberi komen bahawa serangan militan Israel di Gaza belum menghancurkan Hamas sebaliknya menjadikan Hamas semakin berpengaruh di Palestin.Beliau menyatakan mungkin tidak lama akan ada kejutan apabila Ramallah pula jatuh ke tangan Hamas.

Liberman melihat gerakan Hamas tidak akan terus lemah. Namun akan menjadi lebih baik dari Hizbullah dalam tempoh setahun. Hamas akan memiliki ratusan roket yang mampu menjangkau hingga ke tengah Tel Aviv dan mengempur pejabat pemerintah Israel.

Sementara itu seorang penganalisis politik Israel yang rapat dengan pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa sebab utama yang mendorong Israel menghentikan perang di Semenanjung Gaza adalah kerana “penat” dan “keletihan”.

sumber : COMES
penterjemah : osman

6 thoughts on “Israel menjangkakan dalam tempoh setahun lagi roket Hamas akan menjangkau Tel Aviv

  1. Alhamdulillah,HAMAS berjaya menggerunkan musuh.tapi macam konfius bila israel akui kelemahan diorang sendiri

  2. Kat Israel pun macam tempat lain gak, ada banyak puak, pihak dan parti ada parti Likud, Yasrael Betna dan lain2. Masing-masing pun boleh beri komen dan tunjuk hero. Mereka juga nampak kekuatan dan kehebatan Hamas serta hakikat pihak pemerintah Israel menipu kepada pihak antarabangsa.

  3. ‘PAK ARAB DAYUS’.. Ke mana perginya Iman Pak Arab di sekeliling Palestin!?? Hanya Islam pd nama shj. Nasib umat Islam di bumi Palestin diumpamakn spt “abang2 kandung melihat seorang adik perempuan mereka diperkosa bergilir2, tanpa bertindak apa2”

  4. Sebenarnya Israel takkan mengaku kalah dan berundur macam tu. mesti diorang dah pasang strategi nak serang Palestin balik.. Yahudi tu merasakan diri diorang tu kuat. InsyaAllah palestin tetap dalam lindungan Allah swt. Allahuakbar!

  5. semoga Allah memberi yang terbaik kepada bumi palestin. yahudi tak pernah ada wilayah. israel adalah negara haram. jadi wajar kalau HAMAS berikan perlawanan dan menuntut hak mereka. kalau betul andaian yahudi tu, semoga roket HAMAS lebih kuat dan menggerunkan…ALLAHUAKBAR!!!

Comments are closed.