Categories
Berita Semasa

Terkini : Israel membedil sempadan Gaza Mesir pagi tadi.

Rabu, 28/01/2009 – Pesawat perang Israel telah membedil pada subuh hari Rabu (28/1/09) ke arah sempadan Gaza / Mesir di selatan Gaza, yang memusnahkan beberapa buah terowong bawah tanah yang digunakan oleh rakyat Palestin untuk membawa barangan keperluan dan komoditi-komoditi dari Mesir setelah Israel dan Mesir terus menerus menutup pintu sempadan hampir 20 bulan .

Saksi berkata yang pesawat perang Israel telah menembak tiga peluru berpandu terhadap kawasan sempadan yang mengakibatkan beberapa kerosakan kepada rumah Palestin berdekatan.

Jurucakap bagi tentera Israel mengesahkan serangan-serangan pada kawasan tersebut adalah sebagai respons kepada letupan semalam pada sebuah jeep Israel di tenggara Gaza , di mana seorang tentera rejim Zionis telah terbunuh dan tiga orang lain cedera.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  gunx

7 replies on “Terkini : Israel membedil sempadan Gaza Mesir pagi tadi.”

Salam,
Mesir ni negara Islam ke atau negara yahudi?
Sebab apa dorang tu sekat makanan masuk ke Gaza dari Mesir.Ya Allah berilah petunjuk kepada pemimpin Mesir agar membantu Hamas di Gaza. Tahukah anda,Universiti Al-Azhar letaknya di Mesir.Tentu anda tahu…..habis tu…

Rejim Mubarak.Pengecut.Takut dengan telunjuk barat dan tak takut dengan Allah S.W.T dalam hal nih.

saudaraku, bagi kita satu-satunya senjata adalah doa tika ini. jika nak mengharapkan seorang munafik yang sudah terang-terang bersengkokol dgn israel haram, mana mungkin dia akan membantu islam palestin. usah jauh kita fikirkan, sape musuh terdekat hosni mubarak, kalau bukan pasukan ikhwan muslimin. dan sape pejuang yang mempertahankan palestin kalau bukan hamas…aper pula hubungan diantara hamas dan ikhwan muslimin,kalau tidak dari aliran dan perjuangan yang satu…oleh itu sadara-saudaraku, mustahil hosni mubarak akan membantu keluarga akrab musuhnya…

fikir-fikirkanlah….

wasllahualam.

Salam…
Sebagai umat Islam usaha kita ialah doa… dan hentikan beli barangan Amerika dan Israel.. sebarkan kepada semua rakan2.
perbanyakkan blog2 dan website boikot barang-barang Amerika dan Yahudi..
Jangan sampai wang yang kita salurkan kepada Amerika menjadi peluru untuk menembusi perut dan kepala saudara2 dan anak2 kita di sana….

jgn lah kite nk harap kpd org kafir yg lain atau mereka yg MUNAFIK yg mengaku islam ttp SANGGUP menjual saudara mereka sndiri demi kepentingan DIRI…
ALLAH pernah memberi AMARAN dan MENCELA mereka yg mementingkan KEPENTINGAN peribadi(harta, anak, isteri dll) drpd kepentingan RASUL dan AGAMA semasa umat islam diperintahkn utk berhijrah ke madinah…

Comments are closed.