
Selasa, 10/02/2009 –Tahir al-Nunu, jurucakap kerajaan Palestin dan anggota delegasi dalam perbincangan Kaherah, menyifatkan pertemuan-pertemuan persediaan yang sedang berlangsung dengan para pegawai Mesir sebagai menggalakkan, tetapi terdapat beberapa perkara yang masih lagi perlu untuk diperhalusi sebaik-baiknya, bukan hanya ditangani secara sepintas lalu.
Beliau menegaskan dalam satu kenyataan akhbar yang d iberikan kepada ‘Rangkaian Media Palestin’ pada Isnin (2/9), bahawa ‘tempoh bertenang’ yang ingin diwujudkan dengan regim Zionis hendaklah memenuhi tuntutan-tuntutan rakyat kami untuk memberhentikan serangan Zionis dan pembukaan pintu-pintu sempadan.
Beliau juga menegaskan bahawa delegasi Palestin amat prihatin untuk merealisasikan kepentingan Palestin dengan berkata, “dialog adalah keperluan nasional yang menuntut langkah-langkah serius daripada pihak-pihak yang terbabit, terutamanya penyelesaian isu berkaitan tahanan politik.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir