Selasa , 17/02/2009 – HAMAS menegaskan ia amat serius untuk menjayakan segala usaha dan inisiatif yang diambil demi mencapai persefahaman terhadap segala isu Palestin yang dikemukakan, terutamanya usaha Mesir untuk mencapai persetujuan gencatan senjata dengan regim Zionis, perjanjian pertukaran tawanan dan penyatuan kembali antara kumpulan-kumpulan pejuang Palestin.
Gerakan itu menjelaskan dalam satu kenyataan yang dibuat oleh seorang pimpinan politiknya, Ra’fat Nasif yang diterima oleh Pusat Media Palestin hari ini, Isnin (16/2), bahawa HAMAS serius untuk menjayakan inisiatif Mesir bagi mencapai persetujuan terhadap gencatan senjata dengan regim Zionis sambil menegaskan keperluan untuk mencapai juga persetujuan membatalkan sekatan dan membuka segala pintu masuk di sempadan, bagi memudahkan kemasukan pelbagai keperluan ke Gaza tanpa syarat.
HAMAS juga menegaskan keengganannya untuk mengaitkan isu gencatan senjata dengan mana-mana isu lain, seperti isu pertukaran tentera Zionis yang ditawan, Jil’ad Shalit. Ia berkata cubaan regim Zionis untuk mengaitkan kedua-dua isu itu menunjukkan regim itu tidak serius dalam usaha gencatan senjata, sekaligus ia adalah tindakan melumpuhkan usaha-usaha yang dijalankan Mesir dan percubaan untuk mengugut yang tidak akan berjaya. HAMAS juga menegaskan perjanjian gencatan senjata itu sebenarnya lebih diperlukan oleh regim Zionis lebih daripada pihak Palestin sendiri.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
3 replies on “HAMAS: Kait gencatan senjata dengan pembebasan Shalit tidak akan berjaya.”
ayuh wahai semua umat Islam! kita bersatu tegakkan ADDIN yg tercinta demi Allah n RAsulNYA. takbir!!! Allahuakbar!
salam.orang yahudi bernama Gillat Shalit ni tak perlu disimpan lagi.seharusnya disembelih@ditembak mati sahaja.melainkan mengucap shahadah….baru perlu dilindungi.sesungguhnya dia dari kalangan regim zionis yang melampaui batas.Allahu Akbar…Maha Suci Engkau Ya Allah.
Memang ianya harus ditembak mati,sebagai hukuman.
Yahudiitu hanyalah bersendiwara.
Dunia sudah berakhir, dengan perjanjian yahudi.
Yahudi hidup dgn kepentingan sendiri.
Tidak lagi berjiran,tolak ansur dan bermoral.
Yahudi hidup diatas kesusahan orang lain.
Ia juga dibenci diseluruh dunia termasuk di Amerika itu sendiri.
Natijahnya, tuhan itu amat benar,siapa jahat dibalas dengan kejahatannya sendiri.