Categories
Berita Semasa

HAMAS: Lawatan delegasi Amerika ke Gaza langkah tepat.

Jumaat , 20/02/2009 – HAMAS menganggap lawatan Senator Amerika, John Kerry, -bekas calon presiden Amerika daripada Parti Demokrat dan ketua jawatankuasa hal ehwal luar negara dewan senat Amerika- ke Gaza selepas ketibaan dua orang anggota kongres Amerika yang memantau kesan-kesan serangan Zionis terhadap Gaza sebagai langkah yang betul.

Fauzi Barhoum, jurucakap HAMAS berkata dalam satu kenyataan akhbar yang dipetik oleh Pusat Media al-Bayan hari ini, Khamis (19/2) sebagai berkata, “adalah jelas tugas delegasi kongres Amerika ke Semenanjung Gaza adalah bersifat kemanusiaan,” sambil menjelaskan bahawa lawatan yang dilakukan oleh satu delegasi yang mempunyai kedudukan seperti itu ke Gaza merupakan satu langkah yang betul dan tepat.

Beliau menambah, “kami berharap agar lawatan itu diikuti oleh langkah-langkah lain yang menyumbang ke arah memperbetulkan polisi Amerika ketika menangani isu Palestin, boleh meneguhkan keadilan dan menghilangkan kezaliman yang sedang dialami oleh rakyat Palestin dan kaum keluarga kami di Gaza hasil daripada polisi-polisi Amerika yang silap sepanjang pentadbiran lalu yang memaksakan syarat-syarat kuartet (Amerika, Kesatuan Eropah, PBB dan Rusia) yang menjadi sebab kepada kesengsaraan rakyat Palestin dan memberikan alasan yang kuat kepada regim Zionis untuk melakukan penyembelihan ganas di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

2 replies on “HAMAS: Lawatan delegasi Amerika ke Gaza langkah tepat.”

bole percaye ke darah yahudi john kerry nie??
hanya Allah sahajalah yang tahu bagaimana deritanya Palestin akibat dr durjana yahudi kazaria, british & amerika

jgn percaya berunding dgn yahudi ni…dioarang tu kuat berdusta.
hanya peperangan jihad je yang dpt menyelamatkan palestine sebagimana Salahuddin Al Ayubi lakukan…

Comments are closed.