Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Ramallah akan bebas 80 tahan politik HAMAS.

Isnin , 23/02/2009 – Dr Solah al-Bardawil, salah seorang pimpinan HAMAS dan anggota Majlis Perundangan Palestin memaklumkan bahawa pihak keselamatan di Ramallah berazam untuk membebaskan 80 tahanan HAMAS pada hari Isnin (23/2), sambil menegaskan bahawa itu adalah tindakan yang tepat tetapi masih belum memadai.

Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan kepada al-Quds Press pada hari Ahad (22/2), “kami berpendapat dialog adalah opsyen yang strategik dan ia tidak berhubung dengan fasa tertentu. Kami yakin ia adalah jalan bagi menyelamatkan gerakan Fatah daripada nasib atau kesudahan yang sedang dihadapinya.”

Beliau seterusnya menambah, “rakan-rakan kita dalam Fatah memaklumkan kepada kami bahawa pihak berkuasa di Ramallah akan membebaskan 80 tahanan politik pada hari esok, Ahad, dan mereka sedang berusaha untuk membebaskan tahanan selebihnya. Selain itu, 12 tahanan telah dibebaskan beberapa hari sebelum ini. Ini adalah satu langkah yang amat kami hargai dan berharap pencapaian yang lebih besar akan diperolehi dalam isu pembebasan para tahanan ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir