Categories
Berita Semasa

10 mortar dilancarkan pejuang Palestin ke Negev.

Isnin, 23/02/2009 – Kumpulan pejuang Palestin telah melepaskan sepuluh mortar di Negev, barat Semenanjung Gaza menurut sumber Israel yang dilaporkan pada Jumaat lalu. Sumber itu menambah kesemua sepuluh motar itu jatuh di sempadan Semenanjung Gaza dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan.

Tentera Israel mendakwa satu daripada unit-unitnya telah mengesan sekumpulan pejuang Palestin di kawasan itu Kissufim, dan melepaskan tembakan rambang ke atas mereka. Sejumlah besar mortar buatan sendiri telah jatuh ke sempadan Semenanjung Gaza semasa ditembak oleh pejuang Palestin. Sekiranya mortar itu jatuh di kawasan Israel, sebahagian besar tanah dalam kawasan di barat Negev adalah kosong, jadi jarang sekali boleh menyebabkan kerosakan atau kecederaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79