Categories
Berita Semasa

Delegasi HAMAS ke Kaherah untuk bertemu Fatah sebelum dialog nasional menyeluruh.

Selasa , 24/02/2009 –Timbalan wakil HAMAS di Syria, Ali Barakat menegaskan hari ini (23/2) bahawa delegasi HAMAS yang diketuai Dr Musa Abu Marzuq, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS akan ke Kaherah esok untuk mengadakan pertemuan-pertemuan dua hala dengan delegasi Fatah sebelum diadakan dialog Palestin menyeluruh yang akan bermula pada 25/2. Persetujuan juga sudah dicapai untuk membentuk lima buah jawatankuasa yang akan mula beroperasi pada minggu pertama bulan Mac akan datang.

Barakat berkata dalam satu kenyataan khas kepada Pusat Media Palestin pada petang Isnin (23/2), “adalah dijadualkan bahawa beberapa pertemuan dua hala akan diadakan di antara Fatah dan HAMAS bagi menyempurna dan memantau segala persetujuan yang telah dicapai dalam pertemuan-pertemuan lalu demi mengatasi segala halangan yang mungkin memberi kesan negatif terhadap dialog nasional.

Sehubungan dengan itu, delegasi HAMAS akan pergi ke Kaherah diketuai oleh Dr Musa Abu Marzuq bagi mengadakan pertemuan-pertemuan dua hala dengan gerakan Fatah untuk menangani semua isu tergantung dan menyelesaikan isu berkenaan tahanan politik.” Beliau juga menarik perhatian bahawa penegasan telah dibuat tentang pembebasan semua tahanan politik dari kalangan pengikut HAMAS di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir