Categories
Berita Semasa

Barak menolak bergabung dengan pemerintahan Netanyahu.

Khamis , 26/02/2009 – Harian al Dustur, Selasa (24/02), melaporkan bahawa Ketua Parti Buruh Israel, Ehud Barak, menyatakan partinya menolak untuk bergabung dengan kerajaan campuran berhaluan kanan yang dipimpin Benyamin Netanyahu.

Barak mengatakan partinya telah memutuskan untuk menjadi parti pembangkang dan tidak bergabung dalam pemerintahan campuran. Beliau menyatakan “pemilih telah memutuskan kami sebagai pembangkang.” Pernyataan Barak ini disampaikan dalam penutupan pertemuannya dengan Ketua Parti Likud, yang ditugaskan membentuk pemerintahan Israel, Benyamin Netanyahu, Isnin (23/02), di Jerusalem. Barak menjelaskan bahawa beliau sudah menyampaikan kepada Netanyahu niatnya untuk menjadi “pembangkang yang bertanggungjawab, konstruktif dan bersungguh-sungguh.

sumber : COMES
penterjemah : osman