Abbas diminta bantu keluarga Abu Juhaisyah.


Selasa, 03/03/2009 – Keluarga salah seorang anggota Hamas, Abu Juhaisyah yang masih dipenjarakan oleh Israel menyeru semua pihak agar memainkan peranan bagi menghentikan pengusiran terhadap keluarga Abu Juhaisyah. Ini termasuk mantan presiden Palestin Mahmud Abbas agar dapat menggunakan pengaruhnya. Disamping itu, dialog amat diharapkan bagi menghentikan pertembungan politik yang tidak memberi manfaat.

Sebelum itu, pihak Abbas telah menangkap Miqdad Abu Juhaisyah dan dipenjarakan selama 50hari. Selepas itu, hampir semua anak-anak Abu Juhaisyah dipenjarakan. Abbas juga tidak mempedulikan perundangan dan situasi yang berlaku.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif