
Khamis, 12/03/2009 – Ra’fat Nasif, seorang pimpinan HAMAS di Tebing Barat menegaskan penangkapan politik berterusan di Tebing Barat akan mengancam segala persefahaman dan dialog yang sedang berlangsung di antara fraksi-fraksi Palestin di ibu negara Mesir, Kaherah ketika ini.
Beliau yang membuat kenyataan akhbar khusus kepada Pusat Media Palestin pada petang Rabu (11/3) berkata seluruh persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai menegaskan keperluan memberhentikan sebarang penangkapan politik. Dalam masa yang sama beliau juga menegaskan HAMAS akan membebaskan dirinya daripada persetujuan dan persefahaman tersebut jika penangkapan-penangkapan politik masih diteruskan di Tebing Barat.
Beliau juga menyeru semua pihak yang mahu melihat kejayaan dialog nasional Palestin supaya memberikan perhatian terhadap keperluan untuk memberhentikan sebarang bentuk penangkapan politik di Tebing Barat, sambil menjelaskan risiko besar yang dihadapi jika ada tindakan diambil bertujuan mensabotaj suasana baik yang sedang dilalui oleh dialog nasional tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir