Khamis, 12/03/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah, telah bertemu dengan Ahli Parlimen UK, George Gallaway di Gaza. Gallaway dalam rangka konvoi bersama aktivis dari Eropah telah datang ke Gaza bagi meneruskan kempen “Arteri Kehidupan”.
Mereka berbincang berkenaan senario politik mutakhir di Palestin. Gallaway bersama para aktivis dari negara-negara Eropah telah menyerahkan bantuan berupa dana, kereta, bekalan perubatan. Sebanyak 100 buah kereta telah diserahkan dan sumbangan peribadi Gallaway sebanyak 3 buah kereta.
Gallaway menegaskan perlunya pembebasan sekatan di Gaza secepat mungkin dan segala bentuk bantuan haruslah disegerakan. Rakyat Gaza menderi akibat kezaliman Zionis-Israel. Gallaway juga menyatakan pemeriksaan yang sangat ketat oleh pihak Mesir amatlah memalukan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif
3 replies on “Haniyah bertemu ahli Parlimen UK, George Gollaway di Gaza.”
inilah sifat Human Brother” yg kite perlukan disaat Palestin mderita.
Harap lebih ramai yang menunjukkan sokongan berterusan camni , especially malaysian.. takkan takde kut at least sorang pemimpin malaysia yg boleh jadi cam Galloway nih..mmm
wow,,tabit springggggg la…alhamdulillah ade yang macam ni,,bilak pulak malaysiak mau jadik beninik!!!