Jumaat, 27/03/2009 – Ramattan News Agency melaporkan Khamis lalu bahawa pihak berkuasa Israel telah memindahkan tujuh pemimpin Hamas yang diculik baru-baru ini, ke tahanan pentadbiran selama enam bulan tanpa sebarang perbicaraan. Keputusan diambil selepas satu permintaan dibuat oleh pendakwa raya Israel di Mahkamah Penjara Ofer.
Agensi itu mengenal pasti pemimpin Hamas sebagai; Nasser Ed Deen Al Shaer, Adnan Asfour, penggubal Ayman Daraghma, Nizar Ramadan, Azzam Salhab, Mazin Al Reemawi dan Shaker Amarna. Minggu lepas, Israel menculik beberapa menteri Hamas, ahli majlis undang-undang dan pemimpin-pemimpin dari Tebing Barat.
Penangkapan dibuat selepas Israel mengisytiharkan kegagalan dalam perbicaraan, dan kerajaan Israel itu memutuskan untuk mengadakn pelbagai langkah untuk memberi tekanan pada Hamas.
sumber : http://electronicintifada.net/v2/
penterjemah : Nurul