Atas dasar kesatuan, kerajaan HAMAS di Gaza bebaskan 38 tawanan FATAH.

Selasa,  31/03/2009 – Gerakan HAMAS di Gaza, yang mana kerajaan yang dipilih rakyat Palestin bersetuju membebaskan 38 tawanan sekutu mereka, parti Fatah. Tindakan tersebut diambil apabila meneliti ia adalah baik untuk menjayakan pembentukan kesatuan dalam kerajaaan.

Tawanan yang dibebaskan termasuk dua daripadanya sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup, dan selainnya pula menjalani hukuman penjara tempoh yang panjang. Sebagai balasan, HAMAS berharap parti FATAH yang sedang memerintah ( bukan atas pilihan raya, tetapi sebab sokongan US dan Israel) di Tebing Barat, agar membebaskan tawanan gabungan HAMAS yang ditawan kerajaan FATAH.

Seorang penggubal undang-undang dari parti HAMAS, Ashraf Jum’a amat pasti atas inisiatif pembebasan tawanan adalah langkah yang baik. Beliau menambah bahawa terdapat beberapa tawanan FATAH lagi yang belum dipastikan status pembebasan, tetapi tidak menyatakan jumlah secara tepat.

Dua parti besar dalam sistem politik Palestin bersaing untuk memerintah sejak HAMAS menang dalam Pilihan Raya Umum pada 2006. Pilihan Raya seterusnya dikatakan pada Januari 2009, tetapi ditangguhkan kerana percubaan meluas secara kejam Israel di Gaza. HAMAS dan FATAH direncanakan akan membuat perjumpaan membahaskan berkenaan kesatuan kebangsaan awal April ini. Usaha sebelumnya dalam membentuk kesatuan dalam kerajaan telah menemui kegagalan.

Berikut senarai tawanan yang akan dibebaskan:

Zaher Fadel Al-Khalidi
Hassan Mohammad Nisseo
Hani Mamdouh Salem
Amin Hamdan Asaliyah
Hijazi Mas’oud Al-Ghafari
Ashraf Saleh Ghabayen,
Hazim Ziad Ashour
Nael fathy Sa’id
Jihad Yousef Abu Al-Ola
Rashad Sa’d Ad-Din Abu Halabiyah
Yousef Atta Al-Khour
Tamer Hassan Abu Ali
Na’im Sha’ban Harara
Hassan Mohammad Az-Zanat (hukuman seumur hidup)
Ashraf Jmei’an Abu Ghayadh
Suffian Mohammad Ad-Dabbaki
Wael Abd Ar-Rahman Ghneim
Zaki Rashad As-Sakani
Mohammad Mahmoud Shahin
Shadi Ali Abu Al-Ouf
Wajih Ramadan An-Najjar
Qabil Maher Al-Masri
Mohammad Ali Shabat (hukuman 2 tahun penjara)
Mu’taz Suleiman Al-Ijel
Luay Sa’d Mhanna
Midhat Khader Al-Ijel
Mohammad Tayseer Abu Nada
Sameh Awadallah Dahlan
Mohammad Younis Al-Habibi
Khalil Omar Al-Habbash
Nidal Mohammad Abu Oudah
Ra’fat Abd Ar-Raziq Al-Ashri
Shadi Khader Ahmad
Nael Jamal Harb
Mohammad Khalil Kuheil (hukuman seumur hidup)
Mahmoud Abd Al-Karim Zeidiya
Ahmad Abd Al-Aziz Mwannas
Hussam Ali Abu Qourah

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  ammar