Rabu, 08/04/2009 – Yayasan al Aqsa menyatakan bahawa pihak Zionis-Israel telah mencuri batu masjid al-Aqsa dan di letakkan di Knesset. Terdapat bukti fotografi yang membenarkan kejadian itu. Selain itu, batu-batu yang dicuri telah di bawa ke tempat lain yang tidak diketahui. Seorang pemimpin Harakah Islamiyah, Syaikh Kamal al Khatib mengatakan, jelas sekali Zionis-Israel merupakan pencuri bahan sejarah, perosak geografi dan memutarbelit sejarah. Namun tidak mengejutkan kerana memang Zionis-Israel adalah “pakar” dalam kerja-kerja jijik itu.
Zionis-Israel telah mencuri khazanah Islam dan Arab. Hingga ini, mereka masih belum dapat membuktikan terdapatnya kuil yang mereka war-warkan.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif
1 reply on “Yayasan al Aqsa: Israel curi batu al Aqsa dan letak di Knesset.”
Sememangnya yahudi ni memang pakar memutar belitkan sejarah..Jangan percaya.Jadikan iktibar apa yang ceritakan oleh Abdullah Bin Salam dalam hadis Rasulullah S.A.W.