Categories
Berita Semasa

Israel bebaskan tawanan Nablus setelah 6 tahun dipenjara tanpa dakwaan.

Selasa,  14/04/2009 – Pihak Zionis-Israel telah membebaskan seorang pemuda Yahya Hisham Maqbul yang berasal dari Nablus. Yahya telah dipenjara selama 6 tahun. Beliau yang yang juga bekerja dalam bidang IT telah ditangkap pada 20 Apr 2003 setelah rumahnya telah diserbu oleh tentera Zionis-Israel. Segala peralatan rumahnya dihancurkan oleh Zionis-Israel. Yahya menyatakan setiap tahanan telah dizalimi dan dinafikan hak mereka.

sumber : COMES
penterjemah :  Abu Awatif