Mesir buka terminal Rafah Sabtu dan Ahad.

Isnin,  20/04/2009 – Pihak Berkuasa Mesir telah membuat keputusan untuk membuka Terminal Rafah di antara Gaza dan Mesir pada setiap hari Sabtu dan Ahad bagi membolehkan pesakit, pelajar dan mereka yang mempunyai visa meninggalkan Gaza untuk memenuhi keperluan masing-masing tetapi tidak dibenarkan membawa masuk sebarang barang-barang keperluan.

Adel Zo’rob, jurucakap bagi Sempadan Gaza berkata mereka yang memenuhi kriteria tersebut dikehendaki berkumpul di Stadium Khan Younis pada setiap hari Sabtu.

Pihak Sempadan Gaza sedang berunding supaya pembukaan sempadan Rafah ditambah untuk sehari yang selain Sabtu dan Ahad. Pesakit disarankan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan bagi memudahkan proses perjalanan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  anonymous