Misri: Cubaan bunuh Betawi gagalkan rundingan.

Isnin,  20/04/2009 – Gerakan Perubahan dan Reformasi Dewan Perundangan Palestin mengecam keras cubaan bunuh Syaikh Hamid Betawi. Kejadian ini dipercayai dilakukan oleh kumpulan Fatah. Selain itu, pimpinan Hamas turut ditangkap. Kejadian berlaku setelah Syaikh Hamid selesai solat Zuhur di masjid. Menurut salah seorang pimpinan Hamas, Misri (gambar) , sejak kemenangan Hamas di parlimen Palestin, pelbagai bentuk kekejaman dan kezaliman dilakukan oleh Fatah.

Dengan perkembangan yang terkini, rundingan damai antara Hamas dan Fatah menemui jalan sukar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ 
penterjemah :  Abu Awatif