Khamis, 23/04/2009 – r. Yahya Musa wakil dewan perundangan dari Hamas menegaskan Amerika tidak layak untuk mengetuai proses damai. Negara itu juga tidak mempunyai kebolehan dan kepercayaan untuk memimpin kesepakatan diantara ZIonis-Israel dengan Palestin.
Kenyataan Musa ini adalah respon kepada kenyataan Hillary Clinton. Clinton menegaskan bahawa beliau tidak adan bertemu dengan Palestin yang ada kaitan dengan Hamas dan tidak akan menyalurkan dana. Clinton menambah lagi Hamas perlu mempersetujui 3 syarat, meninggalkan jihad, memperakui kewujudan negara Israel dan menghormati Hamas.
Hamas jelas tidak memperakui Zionis Israel kerana itulah kemahuan rakyat Palestin. Musa juga menyeru agar dunia Arab terus mendokong perjuangan rakyat Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif