Bantuan Gaza ke-3 dari OIC akan sampai.

Rabu,  06/05/2009 – Duta Atta al-Mannan Bakheet, Penolong Setiausaha Jabatan Kemanusiaan OIC telah menyatakan bantuan konvoi yang terdiri daripada 40 buah trak bantuan, akan sampai ke Semenanjung Gaza pada Rabu ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh OIC yang berpangkalan di Arab Saudi Selasa lalu, Al Manan menyatakan ini adalah konvoi bantuan ketiga dihantar oleh OIC ke Gaza dan menambah konvoi adalah yang terbesar kerana ia melibatkan 40 buah lori yang diisi dengan bekalan bantuan.

Al Manan seterusnya menyatakan Gabenor Jeddah di Arab Saudi, Putera Majid Bin Abdul-Aziz akan mewakili Putera Faisal, Amir Mekah, dalam upacara rasmi pelancaran konvoi tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ 
penterjemah :  hijjaz79