Jerusalem, Isnin, 7/2/2005 – Satu sumber Israel menyebutkan bahawa Presiden Amerika George W. Bush memutuskan untuk mengurangkan bantuan untuk Palestin berjumlah 50 juta USD dan disalurkan ke negara Zionis-Israel bagi membangunkan beberapa laluan di sempadan Mesir.
Sebelum itu, Bush meminta kepada Kongres Amerika untuk menyetujui bantuan untuk Palestin berjumlah 350 juta USD. Namun Zionis-Israel meminta dana sejumlah 50 juta USD dari dana bantuan Amerika itu dengan alasan untuk menampung kerja-kerja pembangunan di sempadan.