Khamis, 14/05/2009 – Jabatan Sempadan melaporkan pada hari Selasa sempadan Rafah akan dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad untuk beberapa kategori dan beberapa senarai yang diberikan Kementerian Dalam Negeri.
Pesakit dengan surat kebenaran, pelajar, individu dengan permit masuk ke negara lain, pemegang pasport asing serta mereka yang disenaraikan oleh kerajaan Mesir akan dibenarkan menyeberang Terminal Rafah.
Kementerian memberitahu penduduk Gaza agar tidak berkumpul di Terminal Rafah tetapi mereka yang berada dalam senarai tersebut dikehendaki menaiki bas-bas yang telah dikenalpasti agar memudahkan proses keluar dan mengelakkan sebarang kekecohan.
Rakyat Palestin yang tidak mengikut peraturan dan menimbulkan kekecohan akan diambil tindakan serta-merta.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous