
Isnin, 18/05/2009 – Jawatankuasa popular bagi menentang pengepungan telah meminta Presiden AS, Barack Obama agar menekan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menghentikan “pengepungan zalim” yang dikenakan terhadap Semenanjung Gaza.
MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa itu dalam satu kenyataan pada Ahad lalu berkata Obama yang dijadualkan menerima kunjungan Netanyahu pada Isnin depan perlu memaksa Perdana Menti Israel itu menghentikan pengepungan lebih dua tahun yang melanggar prinsip dan undang-undang antarabangsa termasuk resolusi keempat konvensyen Geneva, iaitu deklarasi antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan etika moral.
Beliau menegaskan pentadbiran Amerika bukanlah satu-satunya pengantara antara penduduk Palestin dan Israel tetapi negara itu telah mempraktikkan kecenderungan melampau dalam menyebelahi pencerobohan Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79