Sumber Israel : Bom Manusia membunuh Askar Elit Israel.

Selasa, 1/3/2005 – Sumber Akhbar Israel berkata semalam (28/2/2005), 3 daripada 5 yang terkorban dalam kejadian letupan bom manusia Jumaat lalu (25/2/2005) adalah ahli askar elit Israel yang bertugas di Tebing Barat.

Akhbar Israel , Jerusalem Post melaporkan unit elit tersebut dijemput untuk merayakan parti salah seorang ahlinya di sebuah kelab malam.
Semasa bom itu meletup, mereka dilaporkan berada di pintu masuk.

Kelab malam yang menjadi sasaran bom manusia Jumaat lepas (25/2/2005)


Komander platoon tersebut, Eran Cohen mengesahkan di dalam sebuah rancangan radio, mereka yg terbunuh di dalam kejadian tersebut
adalah anak buahnya.

Eran menyifatkan mereka tersebut adalah unit terbaik dalam pasukan tentera elit Israel. Sebelum ini, sumber Israel menyatakan kesemua yang terkorban adalah orang awam