Hammad : “Kami berjaya menahan rangkaian perisik Fatah di Gaza”.

Khamis , 09/07/2009 – Di dalam satu wawancara dengan TV Al-Aqsa milik Hamas di Gaza, Fathi Hammad yang merupakan Menteri Dalam Negeri bagi Kerjaan Hamas di Gaza yang telah dibubarkan, berkata bahawa pihak keselamatan di kementeriannya telah menahan mereka yang digelar “rangkaian perisik” yang bekerja untuk gerakan Fatah.

Menurut Hammad, semua yang ditahan telah disyaki mengumpul maklumat berkaitan sayap bersenjata Hamas, kelengkapan persenjataan mereka serta menjejaki pergerakan pemimpin Hamas, terumatanya Ismail Haniyya.

Menurut Hammad lagi, perkara-perkara itu telah didedahkan melalui sesi siasatan ke atas rangkaian perisik tersebut bahawa mereka menerima arahan daripada Ramallah dan diberi tugas untuk menyediakan laporan lengkap berkaitan Hamas untuk difailkan kepada pihak berkuasa Palestin, PA di Tebing Barat.

Hamad menambah bahawa laporan tersebut akan dihantar ke Israel dan Amerika.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa