Categories
Berita Semasa

Tawanan HAMAS: Menculik tawanan yang dibebaskan tindakan jenayah dan tidak bermoral.

Isnin , 20/07/2009 – Para tawanan HAMAS dalam penjara Zionis mengutuk tindakan pemburuan dan penyeksaan yang dilakukan secara berterusan oleh militia Abbas terhadap pejuang Palestin di Tebing Barat. Mereka juga turut mengutuk secara khusus tindakan menculik yang dilakukan oleh militia tersebut terhadap tawanan yang dibebaskan sebelum mereka tiba di rumah mereka.

Para tawanan tersebut berkata dalam satu kenyataan yang diseludup keluar dari penjara Zionis pada petang Khamis (16/7) yang diterima oleh Pusat Media Palestin: “Pihak ‘keselamatan’ dan pihak berkuasa di Ramallah dengan pelbagai namanya di Tebing Barat, masih terus melakukan tindakan menculik para mujahidin yang terdiri daripada kader-kader, para anggota dan penyokong gerakan HAMAS, serta golongan pejuang dari kalangan rakyat Palestin. Mereka juga terus diburu, diseksa dan dibunuh.”

Para tawanan itu menambah: “Apa yang menyedihkan ialah pihak ‘keselamatan’ itu menunggu tawanan HAMAS yang dibebaskan dari penjara Zionis di sekatan-sekatan jalanraya sebagaimana berlaku baru-baru ini terhadap beberapa orang pejuang. Paling akhir ialah Iyad Habib dari Beit Lehm yang dibebaskan pada 9 Julai setelah menjalani tahanan pentadbiran dalam penjara Zionis selama 2 tahun, sebaik sahaja keluar dari penjara, beliau mendapati militia Abbas sedang menunggunya untuk diculik sebelum sempat beliau sampai ke rumahnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir