Categories
Berita Semasa

(Terkini) 2 cedera pertempuran tentera Fatah dengan pelarian Palestin.

Isnin , 20/07/2009 – Dua rakyat Palestin tercedera semasa pertempuran dengan tentera Mahmoud Abbas, bekas ketua Palestin Authority (PA) yang menyerang kem pelarian Jalazone di Ramallah dengan tujuan untuk menculik seorang pemimpin terkemuka Hamas.

Saksi-saksi melaporkan sejumlah besar lelaki bersenjata menyerbu kem pelarian jam 2 pagi sambil melepaskan tembakan dan mengepung rumah Khalil Amer untuk menahannya. Mereka menambah pertempuran kejam meletus antara penduduk di kem dan tentera Abbas yang menembak secara rambang ke arah orang ramai yang marah itu sehingga menyebabkan kecederaan dua saudara tersekat Amer sebelum mereka dihantar ke hospital dan memindahkan ibu dan makciknya selepas mereka didapati pengsan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79