(Terkini) Hamas membuka rundingan kepada mana-mana negara.

Isnin,   27/07/2009 – Hamas mengalu-alukan sebarang saluran komunikasi rasmi dengan mana-mana negara di dunia kecuali entiti Zionis, namun pada masa yang sama menolak anggapan dengan mengklasifikasikan pemimpin-pemimpinnya sebagai sederhana dan pelampau sambil menekankan pergerakan itu mempunyai majlis dan institusi Shura yang merupakan tempat rujukan untuk diambil sebarang keputusan.

“Tiada sikap bersederhana dan pelampau dalam Hamas dam kita menolak klasifikasi seperti itu kerana kami adalah sebuah pergerakan yang mengambil keputusan melalui badan perundingan dan institusi Shura. Ia adalah sebuah pergerakan pembebasan negara Palestin yang bertujuan untuk mempertahankan penduduk Palestin dan hak-hak mereka yang dirampas supaya rakyat boleh hidup bebas dan selamat sepertimana rakyat negara lain ” Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas ketika memberitahu PIC pada hari Ahad lepas.

Barhoum menjawab untuk panggilan-panggilan daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Britain untuk “menimbangkan kaedah untuk kerjasama politik dengan golongan sederhana dalam Hamas sebagai jalan untuk bertemu dengan ketifa-tiga pihak Quartet,” dalam laporannya pada Sabtu lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79