Radwan : Perpaduan Negara adalah keutamaan Hamas, bukannya jawatan Presiden PA.

Selasa,  28/07/2009 – Dr. Ismael Radwan yang merupakan seorang pemimpin politik terkenal di dalam Pergerakan Hamas menyangkal dakwaan media bahawa Hamas kini sedang mempertimbangkan calon untuk pilihanraya Presiden PA.

“Masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang pencalonan Hamas untuk jawatan Presiden PA kerana kita perlu pastikan terlebih dahulu bahawa pilihanraya itu nanti dapat dijalankan dalam suasana sihat dan selepas terlaksananya perpaduan Palestin bagi memastikan pilihanraya yang bersih, telus dan demokrasi dapat dijalankan,” kata Radwan.

Menurut sumber yang dipercayai dalam Pergerakan Hamas, mereka telah bersedia untuk menamakan calon bagi pilihanraya Presiden PA yang akan menentang Mahmoud Abbas, pemimpin Fatah, meskipun keutamaan Hamas pada waktu ini adalah terlaksananya perpaduan kebangsaan sebelum pilihanraya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa