Selasa, 22/3/2005 – Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishal menegaskan bahawa gerakannya tidak akan meninggalkan pilihan berjuang menentang Zionis-Israel dan tidak akan meletakkan senjata. Ini kerana, senjata digunakan untuk melindungi rakyat Palestin dan Hamas siap sedia untuk menjadi parti politik.
Seperti yang dilampirkan dalam harian Bayan Emiret, Mishal menegaskan, gencatan senjata yang disepakati oleh kumpulan-kumpulan pejuang dalam dialog di Kaherah akan dilaksanakan dalam program kerja untuk tahun 2005. Isi perjanjian itu adalah meneruskan gencatan senjata dengan syarat Zionis-Israel harus membebaskan tahanan dan menghentikan permusuhannya terhadap rakyat Palestin.