Nablus, Khamis, 24/3/2005 –Lebih dari 50 ribu orang hadir pada hari peringatan syuhada? yang diselaraskan oleh HAMAS di Nablus. Agenda itu sekaligus memperingati setahun syahidnya pemimpin spiritual HAMAS, Syaikh Ahmad Yasin yang syahid ditembak Zionis Israel pada 22 Mac 2004 setelah selesai menunaikan solat subuh di Gaza.
Aktiviti hari memperingati syuhada? ini bermula, dengan melakukan perarakan panjang dari daerah Rafidia di sebelah barat bandar hingga ke kawasan Haifa dan berakhir di Majma? Timur di bandar Nablus.