Categories
Berita Semasa

Mogok lapar oleh tahanan di Penjara Salem.

Selasa,  04/08/2009 – Tahanan-tahanan Palestin di Penjara Salem, Israel melancarkan mogok lapar selama 2 hari sebagai bantahan terhadap kezaliman berterusan yang dilakukan oleh pengawal-pengawal keselamatan Israel serta keadaan hidup yang dahsyat di penjara itu.

Salah seorang peguam yang mewakili Pertubuhan Tahanan Palestin mendedahkan bahawa pengawal-pengawal keselamatan Israel telah membelasah para tahanan yang ditempatkan di bilik nombor 3 di penjara tersebut.

Pihak tentera mendakwa bahawa para tahanan tersebut telah ‘bercakap dengan kuat’ dan tentera hanya ingin menghentikan suasana bising itu.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :   salwa