United Nations Relief and Work Agency (UNRWA) telah mengemukakan rayuan sebanyak 15.84 juta daripada
komuniti seluruh dunia sebagai bantuan kepada rakyat Palestin yang menduduki kem pelarian di Rafah sekarang.
Kemusnahan di Rafah disifatkan sebagai terburuk semenjak bermulanya Intifada’ pada September 2000.
Sebanyak 800 keluarga dalam keadaan memerlukan bantuan kewangan yang segera untuk kembali pada kehidupan normal selepas pencerobohan tak berperikemanusiaan oleh rejim Israel baru? ini.
Awal bulan ini, kira? 1650 penduduk Rafah kehilangan tempat tinggal akibat pencerobohan yang berakhir 72 jam yang lalu.
55 orang awam terkorban. Sebanyak 11.5 juta diperlukan untuk membina semula rumah di Rafah selepas Israel merobohkan rumah mereka semasa pencerobohan tersebut.
Wang juga diperlukan untuk menyediakan makanan, kelengkapan rumah,bekalan ubatan dan pembinaan semula saliran air.
Menurut UNRWA, semenjak 30 May tahun ini, sejumlah 21,142 orang kehilangan
rumah akibat pencerobohan. Hingga kini, organisasi ini telah mendirikan tempat perlindungan kurang daripada satu per tiga daripada jumlah tersebut.
Hampir 38.5 juta diperlukan untuk menbina rumah di Gaza.