
Selasa, 11/08/2009 –Dr Ahmad Bahr, Timbalan 1 Ketua Majlis Perundangan, menegaskan bahawa pembunuhan seorang pejuang, Fadi Hamadnah menuntut seluruh kekuatan daripada pelbagai lapisan masyarakat berdiri membantah polisi penghapusan dan pembunuhan secara bersistem yang dilakukan oleh militia Abbas di Tebing Barat.
Beliau berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin (10/8) yang diterima Pusat Media Palestin: “Jenayah ini adalah suatu keaiban kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap militia tersebut. Rakyat kita tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman dan keganasan yang bertujuan membasmi perjuangan rakyat Palestin dan memalingkan perhatian daripada jenayah yang dilakukan oleh pihak musuh.”
Beliau juga menjelaskan bahawa apa yang berlaku di Tebing Barat merupakan lanjutan daripada polisi gagal yang dilaksanakan oleh militia tersebut sebelum ini di Semenanjung Gaza apabila ramai pejuang yang terdiri daripada para ulama, imam masjid dan pensyarah universiti dibunuh. Namun hasilnya ia menyebabkan malapetaka kepada golongan pengganas dan pengampu musuh. Inilah juga yang akan berlaku kepada mereka di Tebing Barat jika mereka tidak menarik balik polisi yang bodoh ini.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir