Categories
Berita Semasa

Israel bebaskan seorang tahanan selepas 25 tahun dipenjarakan.

Khamis, 13/08/2009 – Pihak Berkuasa Penjara Israel telah membebaskan seorang tahanan Palestin pada petang Selasa selepas memenjarakannya selama 25 tahun, lapor Pertubuhan Tahanan Penjara Palestin.

Tahanan tersebut dikenali sebagai Abdul Rahim Sa’id Mansour yang berasal dari Bal’a, sebuah desa berdekatan Tulkarem yang terletak di utara Tebing Barat.

Mansour merupakan adik kepada Allahyarham Ibrahim yang dibunuh oleh tentera Israel pada 1988. Allahyarham Ibrahim merupakan warga Palestin yang pertama dibunuh oleh tentera Israel di Tulkarem semasa kebangkitan Intifada yang pertama.

sumber : http://www.imemc.or
penterjemah : salwa