Categories
Berita Semasa

(Terkini) Israel mula jual tanah pelarian Palestin.

Selasa,  18/08/2009 – Amin Muhammad Ali (gambar) , 74, yang merupakan seorang pelarian yang berasal dari sebuah kampung Palestin yang kini termasuk dalam wilayah utara Israel berkata bahawa keamanan hanya dapat dirasakannya apabila berdiri di kawasan perkuburan nenek moyangnya.

Kawasan perkuburan tersebut yang kini dikelilingi oleh rumah-rumah dan ladang-ladang pendatang Yahudi umpama kapsul masa yang mampu membawa Muhammad Ali, atau lebih dikenali sebagai Abu Arab, kembali ke zaman di mana kawasan itu memiliki nama Arab iaitu Saffuriya. Kini ia telah ditukar kepada nama di dalam bahasa Hebrew iaitu Tzipori.

Tidak seperti kebanyakan pelarian Palestin yang dipaksa keluar daripada kawasan jajahan Israel dalam peperangan pada tahun 1948 yang membawa kepada tertubuhnya negara haram Israel, Abu Arab sekeluarga masih berpeluang tinggal di kawasan kejiranan bersebelahan, iaitu Nazareth.

sumber : http://electronicintifada.net/v2/
penterjemah : salwa